Wednesday, July 1, 2009

Signing off, for a while

I am now in a weeks certification course. Ada exam Friday ni. Penat badan dan minda. Wish me luck ye. I am having trouble to keep writing in this blog. Not enough time and not enough motivation. Probably will stop writing in it for a while, until I really-really turn a new leaf. Sekarang ni life same-o same-o jek, satu nothing to write about. Will keep my private blog, sebab kat situ nak merapu-rapu pon masih ok lagi sebab situ people know me kan. And walau ceritanya sama pon takpe. Oklah friends, till I am inspired again. Take care y'all.

Thursday, June 18, 2009

Good things

The audit is still ongoing. Tapi control aku dah settle semalam. Setakat semalam dan semasa closing first day nampaknya, control yang aku handle tu tak ada apa-apa komen. No NCR and no OFI. Alhamdulillah.

Semalam masa audit tu, I was with my boss. Was biting my tongue so as not to contradict whatever the boss was saying. Must be seen as a unified team lah kan. Tapi whatever it is alhamdulillah. It is almost over. Semalam a collegue cakap, lepas ni ko rilek la sikit kot. Jawapan aku, yelah tu, the boss will always find a way to make our life misrable. Kakakaka.


I am taking replacement leave on the 26th. 27th tu birthday my King. Tatau apa nak kasi kat dia, bawak dia jalan mana-mana kot. Hadiah untuk dia, tapi aku pon dpt benefitnya sekali. Haaa kan ke bijak tu? Yelah puan-puan dan tuan-tuan, kenalah kan selagi boleh mendapat benefit bersama.

Lots of good things happening jugak seminggu dua nih that I am soo happy and thankful to Allah on all His blessings. Antaranya :
  • King dah submit application sambung belajar, Insyallah will start this August. Sukenye aku.
  • King sekarang boleh kata tiap-tiap maghrib dan isyak solat jemaah dekat surau. Alhamdulillah. Suke sangat aku. Aku nih bile daaaa nak ikut dia gi surau kat tingkat bawah nun. The good thing about King ialah dia tak akan paksa, tapi dia akan buat dulu, so nanti-nanti dia nak aku pikir sendiri dan buatlah benda-benda yang bagus-bagus ni kan.
  • Dapat positive feedback for my freelance project. Even got an offer to joint pattern it with local U. Ishh excitednya tapi tak sempat nak excited dan celebrate sebab busy sangat. Tapi terma-termanya aku belum lagi baca. Alhamdulillah, Allah dah bukakan jalan untuk aku. It's up to me whether to grab this opportunity or not. I can use all kind of excuses like too busy, too tired, to much work and social obligation to fullfill and what not. But at then end of the day, aku nak ke tak nak. Kalau aku nak, aku buatlah apa yang patut kan. So I have made an informed decision, that I want this. So pepandailah ye Puan New Leaf.
  • Sekarang even hari-hari bawak balik notebook dan onkan at 10 am untuk research for the project pon tak rasa stress sangat. Agaknya excited sebab benda baru kot. Research for the tools dan feasibility study pon dah hampir complete. My proposal baru tulis tajuk dan letak cover jek. Cheiss berie-ie jek design cover lawa-lawa, larat tak korang dengar. Isi hampeh satu pon tak ada lagi, muakakakakka. Lantakler, janji aku seronok tengok proposal aku tu.
  • Was just informed on a new project at work, yang mencabar habis but interesting. I will concentrate on the interesting part jelah. Kalau aku pikir part mencabar tu, rasa nak nangis keluar air mata darah dah sekarang ni. Kakaka. Think positive. Sabar. Allah uji kita berkadaran dengan kemampuan kita. Maksudnya kalau ni ujianNya, maka sebenarnya aku berkeupayaan untuk hadapinya walaupun aku rasa nak terjelupuk dah. Yelah ingatkan all the stress and crazy, hectic schedule is over, sekali ada another major hurdle pulak lepas ni. Even bigger than the current hurdle. Takpe, pikir satu-satu ye NL. Insyallah all will be well. Kena beli Pati Ayam brand kot gini, kasi tenaga lebih sikit, kekeke. Lately ni balik, asyik melepek cam kain burok jek. Pathetic sunggoh. Kesian king dah dekat seminggu aku tak masak. Seb lah dia memahami.
Okay, aku rasa itu sajalah, untuk kali ni. Harap-harap aku masih dan akan bersemangat. Yelah kan mana tau, hari ni ye-ye jek, sekali esok dah down habis. Nauzubillah. Oklah kawan-kawan take care tau.

Tuesday, June 9, 2009

On hold

My life is on hold until 18th June. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.

Wednesday, June 3, 2009

I am back.

Aku dah selamat balik dari Perth. Work as always is killing me. Macam la aku cuti seminggu. Baru 2 hari tak masuk opis. Camana aku nak cuti seminggu jenjalan kat Europe nih, sure tak approve punyalah cuti aku tuh, muhahahaha. Jenjalan pergi Europe? Berangan jelah. Memang penat sangat. Balik rumah, memalam buat kerja lagi. Weekend buat kerja freelance pulak. Ya Allah penatnya.


Tapi aku kena gagahkan buat kerja freelance ni, manalah tau mungkin ni ticket for me to get myself outta this office. Offer kerja hari tu senyap jek, boring aku menunggunya. Tak dapatlah kot. Hari tu ada gak one company ni offer aku kejer, but aku tengah pikir-pikir lagi. Hmmm. So sekarang aku bawak balik laptop hari-hari. Tapi setakat ni baru berjaya submit sinopsis jek, dan submit the synopsis of my new project tu. Tak mula lagi buat proposal for my freelance work nih. Ya Allah berilah kekuatan untuk aku buat kerja-kerja ni. Manalah tau rezeki aku ada dekat freelance project nih.

Work is really killing me. Every other day aku rasa nak quit jek. But yelah I am not a quitter. So aku bertahan lah dulu, at least sampai lepas raya. Lepas tu wa cabutlah kot. Harap-harap good things will come my way. Aku tak dayalah kerja cam ni. Cuti banyak pon tak guna tak boleh amek. Pastu even cuti pon wat kejer. Caye tak masa dekat perth tu, aku memalam dok respond to emails dan buat kerja jugak, coordinating mender2 remotely, camlah aku nih dibayar mahal sangat or CEO ke aper ker, yang during cuti pon nak kena kejer cam tu. Bencinyerr.

Aku tau I hae not been updating this blog regularly. It's hard keeping 2 blogs. 1 pon tak terupdate, apatah lagi 2. But I like too keep this blog. Pelan-pelan adalah update jugak. So korang jengukla blog ni 2 minggu sekali or sebulan sekali jek, hahhahah. Okeylah take care kawan-kawan.

Sunday, May 17, 2009

Some updates

Nampaknya berjaya jugak mengharungi minggu ni. Minggu depan ialah 2 minggu yang sangat busy dalam hidup aku. 3 hari kena handle workshop, 1 day prep, 1 more day testing and tre*sure hunt, malam tu flight to Perth at 12.00 midnight. Phewww.. 3 nights there, balik je esoknya ada presentation dekat Melaka. Day trip. The next day, training, followed by another testing the day after. Lepas tu bernafas sikit, kot. Tapi tak jugak. I got tonnes of work on my list. Entahlah, bilalah nak surut sikit kerja nih. Tapi takpelah, at least I got to squeeze some holiday between sibuk-sibuk tu.

I miscalculated a bit sebenarnya. I really thought that I got that new job. So holiday tu konon-konon, bercuti sebelum masuk kerja baru. Hmm manalah nak tau kan, Allah ada rancangan lain untuk aku. Which I am grateful. Maybe a break would do me good, walaupun aku sure akan susah hati dengan lambakan kerja yang aku tinggalkan untuk my collague. 2 hari jek basically aku takde. Tapi entah rasa guilty jugak. Aku sekarang ni take one day at a time. Kalau aku fikir semua bender serentak, harus aku rasa serabut nak gila. Nak excited-excited pergi Perth pon tak sempat, sabar jelah kan. Seb baik aku dah uruskan, accomocation, visa, itenary sebelum sibuk-sibuk. Kalau tak sure sakit kepala aku. Aku dah nak suruh King bawak turun travel bag tu malam ni, pelan-pelan aku boleh masukkan baju yang mana-mana aku nak bawak dan mender-mender penting lain. Takut terlupa. Seb lah checklist untuk pergi tu aku dah buat lama dah. Tapi still ada few things yang nak dibuat sebelum pergi. Duit pon belum tukar, dan aku nak gi beli raket. Iyer, raket badminton, member dekat sana mintak tolong belikan. Muahahahha.

Anyways, bagus jugak sibuk-sibuk ni rasa productive sangat. Tak sempat nak worry and let my anxiety towards the result of the procedure yang aku baru jalani Jumaat lepas. I did what I can, now I leave it to Allah to give me whatever is best for me. Wokey people, aku doa-doa sangat yang I'll made it alright till end of the month. Come June, insyallah it'll get better or so I kept telling myself over and over again. Hahahha. Take care people.

Thursday, May 7, 2009

Give me some breathing space.

Salam korang.

Lama jugak tak update. Busy sangat-sangat. My boss sebenarnya pergi overseas, kalau orang lain sure dah ambik kesempatan untuk rilex sikit. My collagues semuanya lagi tekun bekerja, sebab aman gila kan dia takde nak menjerit-jerit. So kami siapkan kerja sebanyak mungkin before she gets back. Semalam bebudak ni semua geram tak hengat punya, semua cakap eiii kat jauh-jauh tu pon sempat lagi nak menyakitkan hati melalui emel, muahahhaha.

Month of May ni memang busy giler, aku tengok planner utk bulan May rasa nak nangis pon ada. Dengan testing tiap-tiap minggu ada schedule, weekend pon ada, pastu dengan coordinate 2 trainings, talks yang aku kene buat untuk government agencies lagi (slides tak buat lagi, tajuk pon tak confirm lagi, biodata pon belum hantar), preparations untuk conduct 3 hari workshop ,(templates hape pon tak siap lagi) tu belum masuk reports yang perlu dihantar.. Berjela-jela check list aku.

On top of all that, in between all that schedule, aku berjaya squeezekan masa untuk jalani a procedure in the 15th May ni. Doakan yang baik-baik ye untuk aku. Semoga semuanya dipermudahkan.

Tapi, dalam sibuk-sibuk tu aku seronok jugak, sebab from 22-26 May nanti aku gi jalan-jalan. Huhuhuhu.. Habis la kejong kaki aku dengan king 5-6 jam dalam Ai*Asia tuh, hahahha. Something for me to look forward to. Suke..suke..suke..

So rasanya ini jelah dulu update aku. Kalau aku berkesempatan, aku updates lagi. Hissshh nak update apernyer, weekend pon kena kerja, hahahha. Take care people.

Sunday, May 3, 2009

Entering the gate.

I was at my hometown the whole labour day weekend. Traffic boleh tahanlah, tapi rasanya all those cars were heading to Genting. Sebab after exit Genting tu, terus clear je jalan sampai ke Kuantan. Kami sampai ke rumah kosong di Kuantan, sebab both my parents akan sampai malam nanti. Memang kurang happening balik ke Kuantan, when my two brothers tak balik sama. We did decide to go back to Kuantan a few weeks ago, siap nak buat barbecue, konon-kononnya during my mom's birthday. Last-last the gathering and barbecue dibuat di Puchong je due to some unavoidable reason.

The next day, I sent King to our old school. Dia nak tengok tournament ragbi. haven't set foot in our old school since 96 rasanya. Masa tu aku dah first year dekat Uni agaknya. Nothing changes too much, except for the paint. Masuk saja ke perkarangan sekolah, aku nampak pondok guard. Tempat di mana kami akan menyangkutkan name tag kalau pergi outing. 15 years ago (yeah, that long ago) King telah membelek-belek nametag aku dan menyalin nombor telefon rumah aku. The following week masa kami balik bermalam, he called me for the first time. Menggelabah aku masa tu, walaupun at the same time try to sound rilex and casual. Tak sangka that his voice cam lembut walaupun ada hint of naughtiness in his voice. Hahahaha.

Then I saw our hall, where we have our long winded Monday assemblies and where he took his SPM. I took mine at a different block. This was where 15 years ago, aku dok skodeng king, since I knew he fancied me. Hahaha. Masa tu dah ada posmen karat yang menyampaikan his interest in me. Kelakar kan. He never looked at me whenever I look at him. Dia mesti akan alih pandangan ke tempat lain kalau aku pandang dia, or if I caught him staring at me.

Kemuadian kami sampai ke padang bola/ragbi. Kat sini was the first time he smiled at me openly. Masa tu budak-budak pompuan dok sibuk tegur dia, he was walking back after practising long jump for our sports day. His an athlete, ruggers pulak tu. Ramaile bebudak pompuan nak tegur. Dalam ramai-ramai budak-budak perempuan tegur, he smiled at me. Ingatkan aku perasan jek. Yelah di celah-celah bebudak pompuan ramai-ramai tu kan. Later he told me, apsal aku buat dek jek masa dia senyum kat aku. Owhh betullah tu, aku tak perasan. Hahahha I never told him, the extent bebudak pompuan minat kat dia masa sekolah dulu. Perasan pulak karang. Maleh aku nak layan. Aku tau cukupla kan. Tapi aku tak habis-habis dok brag dekat dia orang-orang yang minat aku sampailah laa nih. Saje jek. Hahahahha burok perangai.

Kemudian kami lalu di surau, where we spent countless hours there for solat, tazkirah, usrah and qiamulalail. Masa mula-mula aku masuk sekolah tu aku pelik sangat bila Subuh diorang solat macam 3 rakaat. Rupa-rupanya, every Friday masa solat subuh, imam akan baca surah sajadah, dan apabila sampai ayat berapa yang disunatkan sujud, sebab tulah sujud terus. Kemudian bangun semula untuk sambung solat macam biasa. Tak ingat dah setiap pagi sabtu or Ahad, kami akan baca Al-Makthurat selepas subuh, whereby aku selalunya tidor terlungkup sampai berbirat-birat muka. I remembered only several times where I was wide awake, and aware akan apa yang aku baca. Surau sekolah kan selalunya dipisahkan oleh langsir tebal tu je kan. Selalulah kami dok teka siapa dekat sebelah muslimin yang dok sembang-sembang. Dan kami pon kena tahan gelak, bila one of the boys terkentut, pastu agaknya habis satu saf bebudak lelaki tu berhenti sembahyang sebab gelak sampai nak pecah perut, dan dok sebut-sebut nama semua budak lelaki dalam saf tu yang terkentut. An ingenius ploy to cover who's the true culprit I believe.

Banyak sangat kenangan yang terimbau bila aku masuk balik sekolah ni. Belum citer bab dewan makan, asrama, mandi dekat kolah dan macam-macam lagi. Aku dah lost contact with most of my school mates, except of course my sleeping partner, heheheh. For both husband and wife who came from the same school albeit different cliques, surprisingly we hardly maintain contact with our schoolmates. Is it a shame? Entahlah. But aku berterima kasih pada sekolah tu, yang sebenarnya banyak influence me to become who I am today as a person.

Wednesday, April 29, 2009

Update merepek-repek..

Sorry for not updating for quite some time. Work is killing me now. Sakit kepala aku. Pagi-pagi dah sakit kepala dengan kerja dan isu-isu bodoh. Apa nak buat makan gaji gini lah kan. For the past two days tiap-tiap hari habis kerja me and king went to my parent's house in Puchong. Sebabnya? air takde dua hari dekat apartment aku. Sebenarnya dah tadah air dah pun, tapi dek kerana rumah parents ku dekat dengan office my husband, singgah jelah mandi-manda dan dinner dulu baru balik rumah.

Aku masih lagi car pool dengan king pergi kerja. Since dia jual kereta last month, dia belum beli lagi kereta baru. Dia kata tak nak berhutang, dan tak nak ada unsur-unsur riba. Aku cakaplah, ada duit tak nak beli cash? Takde. Fine, betullah tu tak nak riba' kan, I agree. Tapi janganlah cakap jek dan bagi solution ngarut-ngarut. Kereta memang kena beli, susah sangat car pool sekarang ni, bukannya sehala pon. Pastu aku dan dia banyak jugak outside office punya kerja, memang kena ada satu lagi kereta. Kan ke ada islamic punya financing. Memang leceh sikitlah, most probably kena uruskan sendiri, sebab kedai kereta selalunya tak uruskan Islamic Financing. Or payah-payah buat personal loan untuk kereta tapi islamic punya, cuma kadar keuntungan tinggi sikit dari biasa. Kena usaha lebihlah sikit. Kesimpulannya, buatlah apa yang perlu untuk beli kereta tu. Janganler dok cakap tak nak riba'lah ape lah pastu tak fikirkan options yang memang boleh dibuat walaupun leceh dan susah sikit. Hmmmmm. Memang kena usaha sikit. Macam masa beli rumah hari tu, orang lain settle loan dalam sebulan++ jek, aku dulu sebab insist nak islamic punya, 9 months baru settle. Dahla mostly kena uruskan sendiri. Gitulah gayanya kan. Bukan senang nak buat the right thing.

Hishh aper membebel-bebel ni? Hahahhah, okeylah people. Have a wonderful weekend nanti. Aku nak join the jam dekat Karak Highway dan Lebuhraya pantai timur nanti, hehhehe. Balik Kuantan huhuhu best!

Thursday, April 23, 2009

Can't turn a new leaf...just yet

Sedih..sedih..sedih..frust...tulah perasaan aku. Aku finally dapat tahu, what actually happen to the offer letter yang tak kunjung datang. Aku dapat panggilan daripada offering company punya HR. They informed what I have suspected for a while based on news on the TV. The Group company is restructuring. So menurut HR, recruitment is freezed until the exercise completes, which they targetted in 2 months time. Leh caya ke 2 bulan? Group tu besar tuh, dengan segala macam anak syarikat. Hmmmmm. Pastu, masih valid lagi ker vacancy tu after restructuring?

Kecewa habis tak tau apa nak cakap. Sebab aku memang looking forward sangat untuk blah dari current company nih, apatah lagi lepas insiden bodoh dekat pejabat bebaru ni. Nasib baiklah aku masih buat kerja macam biasa in fact lebih efficient lagi sebab aku konon-konon nak habiskan sebanyak mungkin kerja sebelum sebelum aku blah kan. Sedih gila aku. Semalam memang aku rasa down gila. Tapi buat jelah kerja cam biasa, walaupun hati frust tatau nak kata apa. Balik rumah lepas solat maghrib, aku terus tidur sampai pagi, tak masak, tak makan dan still in telekung solat lagi. Entah apalah husband aku makan semalam..Tak pulak dia kejut aku. Sayang dia. Pukul 4 lebih baru aku terjaga untuk solat isyak.

I know semua yang berlaku ada hikmahnya. In fact aku dah nampak pon hikmahnya sekarang which are :
  1. Aku boleh concentrate on my treatment tanpa rushing.
  2. Kalaulah the company tu terus proceed dengan recruitment, and after restructure, they realised that they do not need my service, or the consulting division tare to be dissolve based on new business directive, tak ker aku jadik jobless nanti. Memang last in first outlah jadiknya kan.
You see, aku memang boleh rationalize dan aku boleh nampak hikmahnya. Cuma sebagai manusia biasa, aku tetap rasa kecewa sikit maybe sebab aku harap sangat. Or maybe sebab insiden bodoh dekat opis tu. Hmmmm. Takpelah, belum rezeki aku lagi. Maybe ada rezeki yang lagi baik dari ni. Sabar ye, Puan Daun baru yang masih lagi daun lama. Sabar. (ayat-ayat pujuk hati sendiri)

Friday, April 17, 2009

How hard is it to move forward?

Yesterday was another insightful day. Aku dapat panggilan dalam pukul 10 gitu daripada colleague aku. Katanya we had to get Mimi (refer to earlier entry) at her home again. Panjangla drama ni daripada the last entry Berdebar-debar tu. Tapi yang penting yesterday we had to get her again. Sebab the husband mengamuk yet again dan threaten macam-macam. Malas la nak cerita how she got back hari tu. Husband dia ni licik sikit.

Off we went, kali ni bersama another collegue, yana dan dia yang drive. Nasib baik aku dah pernah pergi rumah dia dan tahu exactly where we should go. Sesampai jek kelam-kabut macam last week jugak, sebab takut bertembung dengan husband dia. Tapi kali ni, muka aku composed sikit, walaupun dalam hati kecut, gerun dan takut macam nak mampus. Here I was again, bawak lari bini orang. Yana punya trunk kecik, so beg tu susah nak masuk sikit, masa kami tengah struggle nak masukkan beg mimi tu, dalam kepala aku, kalaulah tengah-tengah kami menyusun-nyusun barang ni husband dia balik, I don't know what I would do. Seriously. Kali ni, Mimi brought ALL her things, but left her kids. She needs to do this first. And only later will she get the kids.

Lepas dia masuk je kereta, Yana pecut kan main laju lagi keluar dari area perumahan tu. Aku dah jadik expert dah bab-bab bawak lari bini orang nih. We went to Yana's house kejap, salin baju and kami ke balai polis untuk lodge report. Akhirnya at loong last, Mimi agreed to lodge a report againts her husband. Dekat balai tu, aku nampak dia cam hesitate jugak, sebab dekat kaunter tu ramai orang, so we stood behind her and tolong dia bagi points penting pada the officer. Luckily the officer was a lady and she know the right question to ask. Lepas siap tu, kami ke bahagian siasatan jenayah, sebab nak tunggu pegawai penyiasat untuk interview. Horrornya dekat situ, macam-macam orang ada. We were the only ladies with decent office clothes there. Lama jugak dekat situ. Aku nampak Mimi muka dah macam horror dah masa tu. Dia kata nasib baikla kami ada teman dia. Dia kata kalau dia sorang-sorang maybe dia tak buat dah report tu. Later she was transfered to bahagian jenayah s*ksual dan rumahtangga.

Interview was conducted oleh pegawai perempuan. Aku tengokkan bangunan polis tu, aku rasa kesian sangat. Nilah tempat orang-orang yang berkhidmat untuk negara, membantu melindungi keselamatan kita, tapi bangunan dan facilitiesnya pathetic sangat. Dengan tiles, yang terkopek-kopek, panas, pastu ada tilam-tilam kat belakang bilik siasatan. Bagilah suasana yang conducive sikit untuk diorang bekerja.

Anyways lepas tu kami ke pe*abat ag*ma pulak. Kali ni nak failkan div*orce. Sebelum ni Mimi memang pernah dah pergi situ tapi they asked the hubs to release her voluntarily dan pergi kaunseling bagai. But he refused to release her. Alhamdulillah Allah mudahkan, she got to meet the relevant officers. Kemudian dia isi borang. Aku perhatikan jugak, dia masa mengisi borang tu macam; tulis-potong-tulis-potong beberapa kali, sampai aku bagi isyarat kat Yana untuk sama-sama help her isi borang. Starts with senarai masalah, kami pon mentioned balik apa yang Mimi pernah cerita pada kami dulu, and once the point starts flying, hummphh sampai tak cukup kertas nak tulis.

She submitted and was informed that they will be called for initial hearing kot in 2 weeks. Keluar je dari pejabat tu, kami pergi solat zohor. After that Mimi pegi dengar the voice message left by the hubs, dan mulalah nangis. I know dia terasa overwhelmed by all of this today, and hearing the pleading message by the hubs while she has finally file the div*orce application, affected her. We left her alone to cry and ponder sekejap. Then we went to lunch almot at 4 dah masa tu. Tapi dia tak nangis dah lepas tu, sebab lepas the pleading voicemail came all the stupid messages. Memang la psycho mamat tu. Lepas makan we sent her to her sibling's house.

Alhamdulillah, semua dipermudahkan. Semua officer yang perlu dijumpa is available. We were not sent dari satu officer ke officer yang lain. Smooth jugakla. Another collague called, tanya camner, is Mimi ok? Ker dia dah nak balik umah dia semula? Aku cakap there's only so much that we can do to help. If she decides to go back, takkan kita nak ikat tangan dan kaki dia. She and only she can make that decision. Kata Mimi, dia rasa satu kelegaan besar lepas file the papers tu. Ya Allah, let her be strong. I know how manipulative her husband can be, but please let her be strong to turn a new leaf, and move forward without looking back.